<$BlogMetaData$>
 
UTAMA | BIOGRAFI | KURIKULUM | EHWAL MURID | KO-KURIKULUM | BARISAN STAFF |  PERISTIWA | HUBUNGI |
Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah Kebangsaan Siang-Siang Lawas
BARISAN STAF SEKOLAH
STAFF AKADEMIK

STAFF BUKAN AKADEMIK

PENTADBIRAN/KURIKULUM
AKTIVITI PANATIA

HSP MATA PELAJATAN
Panatia B. Melayu
Panatia B. Inggeris
Panatia Sains
Panatia Matematik
Panatia PJK
Panatia Moral
Panatia Seni
Panatia Sivik
Panatia KH

HAL-EHWAL MURID
PERATURAN SEKOLAH

Disiplin
Plan Kontenjensi

PERATURAN ASRAMA
Disiplin
Plan Kontenjensi

KO-KURIKULUM
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
GAMBAR PILIHAN
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
PENGUMUMAN

PROJEK BAKTI SISWA UUM CWG. SABAH
27 Mac 2010

CUTI UMUM
2 APRIL 2001

CUTI PERISTIWA
4 APRIL 2010

LAWATAN MAJLIS GURU-GURU BESAR DARI DAERAH KUDAT SABAH
6 APRIL 2010

KELAS GANTIAN HARI SABTU GUNA JADUAL HARI JUMAAT
10 APRIL 2010


Sila Tinggalkan Pesan
KECEMERLANGAN ADALAH HASIL USAHA BUKAN DARI ANUGERAH SEMATA-MATA;  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARI KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   NIKMAT HANYA AKAN DIRASAI SELAPAS ADANYA SENGSARA   *   JIKA ANDA ADA MAKLUMAN YANG INGIN DI UMUMKAN JUGA BOLEH DIBUAT DI BLOG INI, SILA HUBUNG ADMIN   *   
MAJLIS LAWATAN MGB DAERAH KUDAT
SK Siang-Siang Lawas, 6 April 2010
: Lawatan Majlis Guru Besar Daerah Kudat ke Sk Siang-Siang Lawas. Rombongan tersebut diketuai oleh En. Nordin Bin Awg. Besar Pegawai Pelajaran Daerah Kudat dan Pengerusi MGB Dearah Kudat Cikgu Asong Japril. Rombongan tiba di perkarangan SK Siang-Siang tepat jam 8.50 pagi. Turut sama mengiringi rombongan tersebut ialah Pengerusi MGB Daerah Lawas Tuan Hj. Omar bin Matusin serta guru-guru besar di Daerah Lawas. Ketibaan rombongan tersebut disambut mesra oleh Guru Besar Hj. Anis binti Hj. Mohamad, penolong-penolong kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah.
Sebelum dibawa melawat di sekitar sekolah, rombongan terlebih dahulu dibawa ke Pusat Sumber Sekolah untuk menyaksikan taklimat latar belakang dan perkembangan sekolah. Dalam ucapan alu-aluannya Guru Besar, Hjh. Anis Binti Hj. Mohamad merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan kerana sudi datang ke sekolah ini dan teklimat seterusnya di persembahkan oleh Cikgu Moktar bin Jaman dibantu oleh Cikgu Razmi bin Hj. Amit. Dalam teklimat ringkas itu perserta rombongan telah dipertontonkan berkaitan dengan perkembangan sekolah, latar belakang dan pencapaian sekolah serta anugerah yang pernah diperolehi. Diakhir majlis pihak sekolah dan MGB Daerah Kudat bertukar-tukar cendera mata sebagai tanda kenang-kenangan.
Seterusnya rombongan dibawa menikmati jemuan ringan yang disediakan di Dewan Makan Sekolah. Rombongan berangkat balik dan meneruskan lawatan ke SK Long Tuma sekitar jam 9.50 pagi.

***************************************************************************************************

PROGRAM BAKTI SISWA UUM CAW. SABAH
Progaram Bakti Siswa pelajar PJJ Universiti Utara Malaysia Cawangan Sabah telah dijalankan di SK Siang-Siang Lawas. Antara lain aktiviti yang diadakan ialah Ceramah Motivasi, Tayangan Video Cara Pencegahan Jenayah dan Kuiz. Para perserta terdiri daripada pelajar Tahun 6, 26 orang, ibu bapa, guru-guru , kaki tangan sekolah dan pra pelajar PJJ dari Sabah.

***************************************************************************************************

ANUGERAH PELAJAR CONTOH 2009
Adik Elly Dayang telah dipilih sebulat suara oleh semua juri pemilihan sebagai Pelajar Contoh 2009. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan pandai dalam pelajaran. Selain itu beliau juga seorang murid yang aktif dalam bidang ko-kurikulum dengan menyertai pelbagai pertandingan di peringkat sekolah dan daerah seperti sukan, tarian dan sebagainya. Mempunyai perwatakan yang menarik dan berdisiplin menjadi parsonaliti beliau. Tidak berat tulang dan sentiasa ingin membantu. Beliau juga telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Semoga beliau terus sukses dan berjaya dalam mencapai cita-citanya.

***************************************************************************************************
PENYAMPAIAN WANG KWAPM
SK Siang-Siang, 18 November:
Hampir semua pelajar telah menerima bantuan kewangan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diagih-agihkan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Masing-masing pelajar mendapat sebanyak RM250 seorang. Proses pengagihan telah dilaksanakan oleh guru kelas di bawah pengurusan PK HEM Puan Marta Bina.Diharapkan dengan adanya duit KWAPM ini dapatlah membantu ibu bapa menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka menjelang sesi persekolahan awal tahun 2010.
***************************************************************************************************
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
Dewan SK Siang-Siang, 19 November:
Majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi sesi 2009 berlangsung meriah. Ianya turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar dan keluarga masing-masing. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah YDP Encik Tabed Sakai sebagai tetamu khas dan seterusnya menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut. Seramai 32 orang pelajar tahun 6 dan 25 orang pelajar Pra-Sekolah menerima sijil-sijil tamat persekolahan masing-masing. Disamping itu pada majlis itu juga pelajar yang mendapat pristasi baik dalam mata pelajaran, kedudukan terbaik dalam kelas dan penyertaan dalam ku-korikulam juga mendapat pengiktirafan peringkat sekolah dengan menerima hadiah dan sijil. Majlis turut dimeriahkan oleh persembahan pelajar. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh YDP, Guru Besar dan Penolong kanan sekolah. kemuncak acara ialah penganugerahan pelajar Contoh 2009 yang di sandang oleh Adik Elle Dayang. Beliau telah dipilih sebagai pelajar contoh oleh semua guru berdasarkan kepada peristasi beliau baik dalam akademik, sahsiah dan ku-korikulum. Beliau juga telah mencapai gred 5A dalam UPSR 2009.

***************************************************************************************************
KUIZ MATEMATIK PERINGKAT SEKOLAH
Dewan SK Siang-Siang, 9 November 2009: Panitia Matematik sekolah ini telah menganjurkan Kuiz matematik peringkat sekolah. Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah yang telah dirancang sejak awal lagi. Kuiz ini sepatutnya diadakan pada bulan oktober lepas namun oleh kerana kekangan masa dan kepadatan aktiviti sekolah maka ianya ditunda kepada tarikh hari ini.
Pelajar yang terpilih diagihkan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kuiz dijalankan dalam bentuk soaljawab menggunakan tayangan slaid powerpoint. Mereka hanya perlu memilih jawapan yang betul dari cadangan jawapan yang disediakan.
Kumpulan 3 telah dinobatkan sebagai pemenang dengan meraih mata keseluruhan sebanyak 48 markah. Mereka adalah terdiri daripada Elle Dayang, Cresda Ivy dan Dorina Ulau. Sementara perserta terbaik ialah Stefanie Meria dengan mengumpul merkah peribadi 20 markah.
Pertandingan telah dijalankan seawal jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.oo petang. Turut hadir dalam program tersebut ialah semua guru matematik iaitu Cikgu Moktar bin Jaman, Cikgu Matdali bin Hj. Masri, Cikgu Suhaili bin Hj. Bakir dan Cikgu Norhana binti Moht. Kifli.
***************************************************************************************************

PROGRAM SAFARI MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH
SK Siang-Siang, 6 November 2009: Memulakan program Safari Membaca peringkat sekolah kira-kira jam 11.20 pagi setelah menerima serahan batton secara talian dari SK Agama (MIS) Lawas. Tiupan wisel penanada bermulanya sefari membaca dilakukan oleh Cikgu Razmi bin Amit. Serentak dengan itu pelajar pra-sekolah memulakan bacaan selama 10 minit dan diteruskan oleh kelas tahun satu, dua, tiga, empat, lima dan berakhir dengan tahun enam dengan masa yang sama bagi setiap kelas. Serahan batton secara talian seterusnya dibuat oleh Penolong Kanan 1, Puan Saban Awel kepada Cikgu Bakri di SK Pusat Lawas. Progaram ini melibatkan keseluruhan pelajar yang berjumlah 214 orang murid.
***************************************************************************************************
PERKELAHAN PELAJAR TAHUN ENAM
Seramai 32 pelajar Tahun Enam telah dibawa berkelah di Pantai Taman Negara Sipitang pada 30 November 2009. Perkelahan tersebut turut disertai oleh Guru Besar, Penolong-penolong kanan sekolah, semua guru dan staff sokongan. Ianya merupakan salah satu program sekolah yang telah dirancang untuk meraikan pelajar tahun 6 seperti biasa setiap tahun. Beberapa aktiviti-aktiviti sampingan telah diadakan bagi memeriahkan program tersebut antaranya, permainan bolasepak pantai, BBQ, dan mandi beramai-ramai.
Rombongan perkelahan tersebut bertolak dari perkarangan sekolah sekitar jam 7.30 dan sampai di sana jam 9.00 pagi. Pelajar dan semua yang menyertai program tersebut kelihatan begitu gembira kerana dapat berpeluang bersama berkumpul,bermain dan dapat mengeratkan lagi kemesraan dikalangan kita. Ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang agak baik dan cerah sepenjang perkelahan itu berlangsung.
***************************************************************************************************
PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR 2009
SK Siang-Siang,30 Oktober 2009:Peperiksaan akhir tahun telah dijalankan di sekolah ini pada 28 dan 29 Oktober lepas. Seramai 218 orang penuntut Tahun 1 hingga Tahun 6 termasuk Pra-Sekolah telah menduduki peperiksaan dalam masa dua hari. Cuma lima mata pelajaran teras sahaja diadakan ujian iaitu Bahasa Malaysia Kefahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sementara mata pelajaran lain dinilai oleh guru-guru mata pelajaran masing-masing. Sementara keputusan ujian dan kedudukkan pelajar di dalam kelas masing-masing hanya akan diketahui selewat-lewatnya minggu depan.
Sementara itu bagi pelajar yang telah berjaya mencapai markah terbaik dan tertinggi serta kedudukan tetinggi di dalam kelas akan menerima hadiah galakan pada satu majlis penyampaian sijil dan hadiah yang akan diadakan pada 19 November 2009 ini. Majlis itu juga akan mengumumkan seperti biasa pelajar contoh dalam bidang Kurukulum dan Ko-kurikulum. Majlis dijangka dirasmikan oleh Guru Besar Cikgu Hajah Anis binti Haji Mohamad dan tetmu kehoramat Yang Dipertua PIBG En. Tabed Sakai.
 
GAMBAR DAN PERISTIWA
     
From Kem bina insan
=0 alt="" src="http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksiang/admin/../../sksiang/data/home/logo77.gif">      


     


GAMBAR DAN PERISTIWA

Silakan tinggalkan Pesan

HAK CIPTA

BLOGGER